Jumaat, 2 Oktober 2015

Tanah Berkah Syams

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum W.B.T.

Biiznillah, dengan kesempatan waktu yang sedikit ini, mudahan Allah beri manfaat dengan penulisan ini..

Alhamdulillah, sudah sebulan ana bernafas dan menghirup oksigen yang Allah anugerahkan di sini Mu'tah, Jordan salah satu Bumi Syams. 4 negara yang terlingkung sebagai tanah Shams iaitu Palastine, Syria, Lubenon dan Jordan. MasyaAllah.., bumi yang pernah didiami atau dijejaki oleh para Anbiya', para Syuhada dan para Ulama'. SubhanaAllah, bumi ini juga pernah dijejaki oleh suatu tubuh mulia yang sangat kita rindui.. Nabi kesayangan kita dan kekasih Allah, Rasulullah S.A.W., Baginda pernah keluar ke negeri Syams sebagai peniaga dengan modal Saidatina Khadijah (R.A.). SubhanaAllah agak-agaknya, di mana ye, tapak kaki mulia dan bekas perjalanan baginda,..? di mana agaknya tanah dan kawasan Baginda S.A.W. berniaga...? SubhanAllah..

Baginda Nabi S.A.W. berniaga di negeri Shams (kaw. bulatan merah) daripada Kota Makkah. 
Daripada peta google..Tak de da tulisan Palestine ;(  ;(  ;(    .. kaw. besar dr tanah Palastine dirampas israel LAKNATULLAH .. *Bintang : Universiti Mu'tah (https://www.google.jo/maps/@31.0952781,35.7165527,5z)

Boleh baca pautan : http://paschabau.net/index.php?option=com_content&view=article&id=6148:dulu-dan-kini-israel-dan-palestin-wajib-baca



1. Area A- Fully governed by the Palestinians, with no Israeli administration or Israeli military presence (currently 18%)
2. Area B - Shared control; Palestinian civil administration with joint Israeli-Palestinian military control (currently 21%)
3. Area C - Full Israeli control, with some exceptions for Palestinian residents (currently 61%)
(http://www.polgeonow.com/2012/12/is-palestine-really-country.html)

Mu'tah
Pekan Mu'tah terletak dalam daerah Karak, Jordan. Karak terkenal dengan tempat bersejarah, iaitu Karak Castle. Pada zaman Rasulullah S.A.W, sekitar bulan Jamadil Awal tahun 8 Hijrah  bersamaan bulan Ogos atau September 629 Masih i(sudah hampir 1430 tahun lebih kurang jarak masanya dengan kita), berlaku perang besar antara tentera Islam dan tentera Qisar Rom. Perang ini dinamakan Perang Mu'tah sempena nama kawasan terjadinya peperangan ini. Ketika itu Mu'tah dikenali sebagai sebuah perkampungan yang terletak di bahagian bawah daerah Balqa', Shams. Antara Balqa' dan Baitul Maqdis 2 Marhalah.

Sedikit Sejarah Peperangan Mu'tah..
Berlaku kerana al-Harith bin Umar al-Uzdi yang merupakan utusan Rasulullah S.A.W diutuskan kepada pembesar Basra membawa risalah Islam. al-Harih telah dibawa oleh Gabenor Basra  kepada  Raja Qaisar, kemudian beliau dibunuh. Pembunuhan seorang utusan, merupakan sebesar-besar jenayah dan tanda pengisytiharaan perang. Maka baginda menghantar kekuatan tentera Islam seramai 3000 orang, ianya adalah tentera Islam yang terbanyak yang belum pernah dikerahkan oleh baginda Nabi S.AW. Rasulullah berpesan supaya mereka melalui kawasan di mana al-Harith di bunuh dan mengajak orang-orang di sana kepada Islam, sekiranya mereka berdegil barulah memerangi mereka.

Baginda lalu mengutus sebuah pasukan besar, yang dipimpin oleh Zaid bin Haritsah, Baginda SAW bersabda: “Apabila dia terbunuh, maka pimpinan diserah kepada Ja’far bin Abu Thalib. Jika Ja’far juga terbunuh, maka pimpinan diserahkan kepada Abdullah bin Rawahah.” (HR Bukhari 7/393 dari hadith Ibnu Umar, Ahmad 5/291,300,301 dari hadith Abu Qatadah).

Alhamdulillah, ana berkesempatan menziarahi makam, 3 jasad mulia yang Allah redho keatas mereka iaitu  syuhada' dan juga sahabat yang pernah hidup bersama Rasulullah serta sempat menatap muka Rasulullah S.A.W. Mereka adalah anak angkat nabi, Zaid bin Harithah, sepupu Rasulullah S.A.W., Ja'afar bin Abu Thalib, dan sahabat baginda, Abdullah bin Rawahah. SubhanaAllah, berbaur rasa dihati ini, akhirnya Allah pertemukan juga, 3 sahabat yang Allah redhai keatas mereka,meyakini firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 154 :
(وَلا تَقُولُوا لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَكِنْ لا تَشْعُرُونَ (١٥٤
Firman Allah : Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya.

Jasad mereka para syuhada' dengan izin Allah terpelihara dan semerbak wangi (memang sangat wangi makam tersebut). Mereka itu hidup dalam alam lain, dengan mendapat kenikmatan-kenikmatan di sisi Allah, dan hanya Allah sajalah yang mengetahui bagaimana keadaan kehidupan di alam itu. WaAllahua'lam.. Allahuakhbar..mudah-mudahan kita juga tergolong daripada para syuhada' yang mati syahid dalam perjuangan menegakkan Islam.. InsyaAllah,..Amiinn.. Dalam peperangan ini tentera Islam hanya  3000 orang berbanding dengan tentera aisar Rom seramai 200,000 orang, namun begitu, dianggarkan bilangan kematian tentera kafir lebih ramai berbanding umat Islam yang syahid;12 orang. 

Meskipun tentera Islam tidak dapat menuntut bela, namun peperangan ini telah menatijahkan kesan yang besar. Terbukti, walaupun tentera Islam dengan bilangan yang kecil berbanding tentera Roman, namun tentera Islam pulang ke Madinah tanpa kerugian yang besar. Keadaan tersebut seolah-olah satu legenda, dan semestinya  pertolongan dan bantuan Allah terhadap hamba-hambaNya yang ikhlas. Mudahan Allah rahmati dan berkati tanah Mu'tah ini dengan pernah mengalirnya darah para syuhada dan tanah para anbiya' dan para ulama'.. amiin.. Mereka lebih memilih kemuliaan disisi Allah iaitu dengan memepertahankan dan memperjuangkan Islam sehingga ke akhir hayat mereka.



Jarak pejalanan ke Mazar ini dalam 5-7 minit sahaja menaiki bas.. 2 makam (makam Zaid bin Harithah dan makam Jaafar At-Toyyar) terletak di dalam Masjid Jaafar, Mazar..

Pintu untuk memasuki kawasan makam tersebut dikunci. Jadi jika nak masuk, kena kabo je, ke pengawal/penjaga kawasan tersebut

Makam Zaid Bin Harithah, pemegang panji Islam I semasa Perang Mu'tah



Sedikit Riwayat Hidup Zaid Bin Harithah

Makam Jaafar bin Abi Talib, pemegang panji Islam II selepas gugurnya


Digelar At-Toyyar kerana semasa peperangan tersebut, tangan kanan beliau yang memegang panji terputus oleh pedang musuh, maka beliau menyambut panji tersebut dengan tangan kiri, kemudian tangan kiri beliau pula terputus dan akhirnya beliau menyambut panji tersebut dengan kedua-dus lengannya. Dalam Riwayat Bukhari, ada menyatakan bahawa didapati pasa badan beliau terdapat kesan-kesan pukulan dan tikaman sebanyak 50 liang, tidak ada satu pun disebelah belakang.

500 meter lebih kurang ke Makam Abdullah bin Rawahah

Makam Abdullah bin Rawahah. Jaraknya 500 meter dari makam Zaid bin Harithah dan Jaafar At-Toyyar.Tertanya-tanya juga, mengapa ye... Ada sahabat ana yng senior ni menceritakan bahawa, dulu mereka pernah bertanya kepada seorang pak cik Arab yang menjaga makam tersebut.. bahawa, jarak tersebut kerana semasa ucapan selamat tinggal tentera Islam kepada Rasulullah S.A.W., Abdullah bin Rawahah ini terasa berat dan sedih untuk berpisah dengan baginda S.A.W., kerana merasakan beliau tidak akan bertemu lagi dengan baginda. Kemudian beliau bersolat dan dikatakan jarak beliau ketika itu  500 meter dengan tentera Islam yang lain berangkat ke medan peperangan.waAllahua'lam..

Ada juga di ceritakan di dalam sejarah atau sirah Nabi, bahawa semasa ucapan wada' tersebut, Abdullah bin Rawahah menangis.. apabila ditanyakan kenapa beliau menangis, jawab beliau : Demi diriku menangis ini bukan cintakan dunia atau pilu meninggalkan kamu tetapi aku mendengar Rasulullah membaca sepotong ayat Allah yang memeperingati mengenai api neraka : Surah Maryam ayat 71 
Firman Allah Taala : "Tidak ada seorang pun di antara kamu, melainkan mendatangi neraka, demikian itu suatu ketetapan yang diputuskan oleh Tuhanmu"
"Aku tidak tahu bagaimana aku boleh melepasinya selepas mendatanginya?"


Syair yang dimadahkan oleh Abdullah bin Rawahah..
Abdullah bin Rawahah sangat terkenal dengan  syairnya yang membangkitkan keberanian dan semangat rohiyyah tentera-tentera Islam..

Makam sahabat, Abdullah bin Rawahah

Walaupun siri-siri peperangan dan zaman perjuangan Rasulullah S.A.W. bersama para sahabat dalam menyebarkan Islam sudah lebih seribu tahun lalu, namun sehingga kini kesan dan sejarahnya masih dikaji, diteliti dan diambil ibrah daripadanya. Itulah kesan keberkatan hidup mereka dan keikhlasan mereka untuk meraih cinta dan redho Ilahi.. SubhanaAllah.., Kita yang mengaku sebagai umat baginda Rasulullah S.A.W. turut memikul amanah meneruskan tali perjuangan Baginda S.A.W. dalam menyebarkan cahaya Dinul Islam dan menegakkan semula khilafah Islamiyah di muka Bumi ini. Tara mana sekalipun, kita kongsikan dan kita buat dalam perjuangan ini, nanti akan menjadi kesan dan sejarah dalam diri kita sendiri yang nanti kemungkinan kita, Allah bukakan pintu-pintu hidayah, hikamah,ibrah dan pintu hati kita untuk lebih mengenaliNya, mengingatiNya dan menghampiriNya. Mudah-mudahan hati kita senantiasa di ikat erat dengan kerinduan pada Allah. amiin..  
Semua yang baik dari Allah.. yang buruk datang dari diri saya yang kerdil ini.. hakikat segalanya dari Allah Yang Maha Hebat..   mudahan ada manfaat..  salah dan silap harap ditegur.. :)                                                                                                                                                               
 WaAllaha'lam...